Assalamualikum WBTH..Salam Keropok Lekor & Kentang Spring untuk semua...
Bertemu agik kita kali tuk setelah lamak sik aku updatekan blog tuk kerana kepadatan masa yang sik mengizinkan. Sebenarnya aku baruk juak balit dari kursus di Kuching hari Sabtu tuk tek. Sampei rumah jam 1.30 pm terus bersiap2 untuk bukak gerai di Pasar Malam Sarikei. Hari tuk tek, aku bukak gerai di Pasar Tamu Nyelong sia kat belakang PERKESO, fuhh rami orggg...sik ku tauk agik rupa gaya..nasib sik kelam kabut sebab dah tauk dah camni nak set up timing untuk proses kentang spring dengan cepat. Anyway terimak kasih lah kepada pelanggan2 di sia sebab begitu sporting dan sabar menunggu giliran order nya siap. Yang menariknya byk orang-orang kat Sarikei tuk belum tauk macam ni sebenarnya org molah kentang spring tuk padu, apa gik daknya, tertilit-tilit ngan aku sepagi tuk tek, segan juak sa nyawa ku di tangga dak eh..tapi aku pun ambik kesempatan show skill terus..sampei belimbak baldi entam ku sehari tuk heheheh...
My wife sik putus-putus menggoreng kentang sepagi tuk tek, start jam 9.30 pagi sampei lah kol 12.00 tghari. Kesian juak nangga tedah sampei merah muka kenak haba panas minyak. Adik ipar ku yang nulong aku digerai pun sama juak hari tuk, sampei abis di pancit minyak dak tangan mbak ngoreng keropok lekor..sebab keropok lekor tuk pandei meletup..heheheh..Terima kasih tak terhingga lah ngan dak duak ya..untuk My Wife..I lop u so much kerana sanggup berik sokongan dengan aku sepenuhnya dalam perniagaan aku tuk.
Hmm. tuk ada berita terkini dari aku yang sik berapa bagus & sedih sebab dak Pihak Majlis Daerah Sarikei nak berhentikan operasi Pasar Malam Sarikei atas sebab2 yang belum lagi dimaklumkan kepada peniaga-peniaga di sia termasuk aku. Cuma madah k mulut ajak masa aku bayar permit minggu lepas, tapi kamek org semua peniaga-peniaga di sia masih nak mempertahankan operasi di sia supaya jangan diberhentikan operasi kerana sambutan buat masa tuk adalah menggalakkan bagi kami. Kamek org dah siap buat surat dan ambik tandatangan semua peniaga semua di sia untuk diajukan kepada pihak berkenaan. Kamek org buat masa tuk masih mintak kebenaranlah daripada daknya untuk berniaga ajak di Pasar Malam sia sehinggalah mendapat arahan rasmi melalui surat daripada dak Majlis. Sedih juak rasa sebab pelanggan2 tetap aku di Pasar Malam sia memang dah ada, tapi kita tunggu ajak lah dolok apa arahan selanjutnya daripada dak Majlis. Kesimpulannya untuk makluman semua, gerai aku masih lagik di bukak kat sia buat masa tuk pada masa & tempat seperti yang anda semua sedia maklum. Mun sekiranya ada keputusan daripada pihak Majlis kelak aku akan maklumkan kepada kitak orang semua lah ok. Doakan kamek org semua masih dapat mencarik rezeki di sia orite!. Mun dah sik dapat agik kelak target aku untuk bukak gerai di hujung minggu ajak lah di Pasar Tamu Nyelong sia ajak, pagi Sabtu & Ahad InsyaAllah..
Jadi setakat tuk lah dolok untuk kali tuk sekali lagik terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah mengunjungi gerai aku, sokongan daripada anda semua masih lagi dialu-alukan...yang penting Keropok Lekor Badrulhj Sarikei memang kaw..kaw! sedap...Alluussssss!! & Kentang Spring Badrulhj gerenti berspring..Toing!!..Toing!!...
Caloo Bettyy....Assalamualaikum WBTH...Peace No War!
No comments:
Post a Comment