Wednesday, October 19, 2011

Halo..halo..haloooo...

Assalamualaikum WBTH & Salam 1 Malaysia


Lamak dah sik update blog tuk eh disebabkan ke"busy"an semenjak 2 menjak tuk. Tapi sik apa ada juwak kesempatan hari tuk untuk updatekan blog tuk untuk tatapan kitak orang semua oriteesssszzz....

Info terkini berkenaan dengan gerai saya ialah ianya masih agik aktif & giat dijalankan kat Pasar Tamu Sri Nyelong sia. Sapa2 sik tauk, saya nak madah situk venue nya adalah di belakang Supermarket Friendly kat Wisma Jubli Mutiara sia, tempat orang jual sayur ya bah. Mun sik tauk juwak, hujung minggu ya mun ada masa gi lah raon2 kat Pasar Tamu Nyelong sia okeyh. Selalu jak gerai saya tuk berpindah randah koh eh, disebabkan saya belum ada tempat yang tetap, al-maklumlah masih "melukut di tepian gantang" hahahah. Tapi sik apa setiap hujung minggu gerai saya memang akan dibukak kat tempat nak di padah saya tadik ok. Owh lupak tek, buat masa tuk gerai saya hanya menjual Kentang Spring dan keropok lekor belum gik dapat dijual kat sia disebabkan sik cukup tangan & tempat yang belum gik sesuai. Harga Kentang Spring yang saya jual masa tuk adalah RM2.00 ikut harga pasaran semasa. Memang berpatutanlah owh!. Kinek tuk alhamdulillah lah berjual kat sia, berkat usaha dan titik peluh dirik pun ada juwak sikit k nampung belanja al maklumlah taraf hidup masa tuk memang tinggi dah jadi sik cukuplah dengan makan gaji jak untuk perbelanjaan bulanan tol sik. 

Hmm..ok lah lok nong eh...sik berapa juwak idea masa tuk, mun ada masa kelak saya update gik lah blog tuk untuk tatapan kitak orang ok. Kepada sapa2 yang belum gik berkunjung ke gerai saya kat sia adalah dialu-alukan datang, sik dapat meli sigek, 2-3 igek pun jadi lah ahakszz...anyway kepada Pelanggan2 setia Gerai saya, terima kasih..terima kasih..terimakasih..di atas sokongan dari kitak orang selamak tuk okeyh. Semoga kitak orang semua diberkati oleh Nya..amin..

Rutin Hujung Minggu Di Pasar Tamu Sri Nyelong Sarikei
@
Gerai Badrulhj Sarikei


Assalamualaikum WBTH..Gua Caya Sama Loo....


Saturday, July 30, 2011

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1432 HIJRIAH

Syukur alhamdulillah kerana kita semua umat Islam di beri peluang sekali lagi untuk menjalankan ibadah puasa pada tahun ini . Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa ini dengan sempurna dan segala ibadah kita diberkati.

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua pelanggan -pelanggan saya yang dan seluruh umat Islam di pelusuk dunia dan tidak lupa juga kepada pengunjung-pengunjung blog saya ini...


Semoga Ramadhan kali ini memberikan penuh makna bagi kita semua...InsyaAllah.
Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kesilapan, keterlanjuran bahasa mohon maaf ok.

Sunday, July 3, 2011

Syukur Alhamdulillah..

Assalamualaikum WBTH..
Apa khabar semua?. Alhamdulillah bertemu agik kita kali tuk. Lamak dah aku sik update blog tuk akibat kekangan masa yg sik menentu dan ketandusan idea juak heheh. 

Ok, aku teruskan dengan perkembangan terkini berkenaan dengan perniagaan aku. Alhamdulillah setakat tuk memberangsangkan cuma tempat berniaga di Pasar Malam telah pun diberhentikan operasinya oleh pihak Majlis Daerah Sarikei atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti dalam surat. So nasib juak ada Fun Fair dibukak kat Sarikei bertempat di sebelah bangunan Supermarket Nam Leong. 2 hari tuk tadik dah start berdagang di sia, lokasi stall aku adalah cun-cun berdepan pintu masuk Fun Fair ya. Malam pertama Fun Fair bukak bukan main rami orang datang semua abis lengis barang jualan, bukan ajak di stall aku, malahan peniaga2 lain pun pulang dengan senyuman sampei ke telinga heheh... Alhamdulillah rezeki Allah SWT. Hari tuk tek aku berdagang di Pasar Tamu juak macam biasa jadi malam tuk aku mauk rest dolok sebab terlalu letih sik cukup tidur, palak rasa hoyong2 jak, takut juak rasa nyawa, sik dapat di embak2 juak rasa, takut sakit kelak susah gik. Besok InsyaAllah akan bukak agik gerai aku di FunFair sia. Jadi orang-orang Sarikei jangan ketinggalan berkunjung ke Fun Fair sia sebab bukan ajak hiburan yang ada, malah banyak gerai2 dibukak kat sia semacam Pesta dah dgn berbagai-bagai resepi untuk anda semua sukati milih jak gik. Ok lah, aku sik mauk nak citer panjang2 lok kali tuk sebab palak dah rasa merayang2 jak tuk, nak rilek gurin lok besok dah bangun awal gik mungkin ku rasa aku tuk sik cukup tidur, ujung2 kenak darah tinggi gik kelak..pusss jauh..ko pergi..jauh-jauh... 

Gambar aku gik kecik dolok dari kiri Acoi, badrulhj, (anak Iman Yahya) & hujung sekali Men Deris



INFO : Fun Fair bukak dari tarikh 01 -31.07.2011

Anyway, Salam Keropok Lekor & Kentang Spring dari aku untuk semu orite, ada masa aku update gik blog tuk kelak InsyaAllah...callooo betty...Assalamualikum. Peace yoo!!

Sunday, June 12, 2011

Berita Terkini!!

Assalamualikum WBTH..Salam Keropok Lekor & Kentang Spring untuk semua...

Bertemu agik kita kali tuk setelah lamak sik aku updatekan blog tuk kerana kepadatan masa yang sik mengizinkan. Sebenarnya aku baruk juak balit dari kursus di Kuching hari Sabtu tuk tek. Sampei rumah jam 1.30 pm terus bersiap2 untuk bukak gerai di Pasar Malam Sarikei. Hari tuk tek, aku bukak gerai di Pasar Tamu Nyelong sia kat belakang PERKESO, fuhh rami orggg...sik ku tauk agik rupa gaya..nasib sik kelam kabut sebab dah tauk dah camni nak set up timing untuk proses kentang spring dengan cepat. Anyway terimak kasih lah kepada pelanggan2 di sia sebab begitu sporting dan sabar menunggu giliran order nya siap. Yang menariknya byk orang-orang kat Sarikei tuk belum tauk macam ni sebenarnya org molah kentang spring tuk padu, apa gik daknya, tertilit-tilit ngan aku sepagi tuk tek, segan juak sa nyawa ku di tangga dak eh..tapi aku pun ambik kesempatan show skill terus..sampei belimbak baldi entam ku sehari tuk heheheh...

My wife sik putus-putus menggoreng kentang sepagi tuk tek, start jam 9.30 pagi sampei lah kol 12.00 tghari. Kesian juak nangga tedah sampei merah muka kenak haba panas minyak. Adik ipar ku yang nulong aku digerai pun sama juak hari tuk, sampei abis di pancit minyak dak tangan mbak ngoreng keropok lekor..sebab keropok lekor tuk pandei meletup..heheheh..Terima kasih tak terhingga lah ngan dak duak ya..untuk My Wife..I lop u so much kerana sanggup berik sokongan dengan aku sepenuhnya dalam perniagaan aku tuk.

Hmm. tuk ada berita terkini dari aku yang sik berapa bagus & sedih sebab dak Pihak Majlis Daerah Sarikei nak berhentikan operasi Pasar Malam Sarikei atas sebab2 yang belum lagi dimaklumkan kepada peniaga-peniaga di sia termasuk aku. Cuma madah k mulut ajak masa aku bayar permit minggu lepas, tapi kamek org semua peniaga-peniaga di sia masih nak mempertahankan operasi di sia supaya jangan diberhentikan operasi kerana sambutan buat masa tuk adalah menggalakkan bagi kami. Kamek org dah siap buat surat dan ambik tandatangan semua peniaga semua di sia untuk diajukan kepada pihak berkenaan. Kamek org buat masa tuk masih mintak kebenaranlah daripada daknya untuk berniaga ajak di Pasar Malam sia sehinggalah mendapat arahan rasmi melalui surat daripada dak Majlis. Sedih juak rasa sebab pelanggan2 tetap aku di Pasar Malam sia memang dah ada, tapi kita tunggu ajak lah dolok apa arahan selanjutnya daripada dak Majlis. Kesimpulannya untuk makluman semua, gerai aku masih lagik di bukak kat sia buat masa tuk pada masa & tempat seperti yang anda semua sedia maklum. Mun sekiranya ada keputusan daripada pihak Majlis kelak aku akan maklumkan kepada kitak orang semua lah ok. Doakan kamek org semua masih dapat mencarik rezeki di sia orite!. Mun dah sik dapat agik kelak target aku untuk bukak gerai di hujung minggu ajak lah di Pasar Tamu Nyelong sia ajak, pagi Sabtu & Ahad InsyaAllah..

Jadi setakat tuk lah dolok untuk kali tuk sekali lagik terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah mengunjungi gerai aku, sokongan daripada anda semua masih lagi dialu-alukan...yang penting Keropok Lekor Badrulhj Sarikei memang kaw..kaw! sedap...Alluussssss!! & Kentang Spring Badrulhj gerenti berspring..Toing!!..Toing!!...




Caloo Bettyy....Assalamualaikum WBTH...Peace No War!


Friday, June 3, 2011

TIP BISNES ORANG CINA

Orang Cina tidak mempunyai formula khusus yang digunakan dalam perniagaan. Mereka berniaga berpandukan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan seharian.



Bagi orang Cina, sesuatu perniagaan yang dijalankan perlu praktikal dan tidak terlalu melecehkan.

Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan jika boleh, perlu berusaha mempermudahkan sesuatu perkara. Untuk menjadi peniaga yang baik dan berjaya, terdapat beberapa tip niaga orang Cina yang dapat dijadikan panduan serta pedoman.

Tip itu cukup senang tetapi bukan mudah hendak dilaksanakan. Tanpa sebarang tindakan, tip itu tidak akan berguna dan memberikan apa-apa manfaat kepada peniaga.


1. Peniaga perlu menunjukkan kejujuran dan keikhlasan semasa melaksanakan urus niaga.

2. Peniaga perlu mewujudkan kepercayaan dan ikatan mesra dengan pelanggan tidak kira pelanggan yang besar ataupun kecil dan yang tetap ataupun pelanggan baru.

3. Peniaga perlu melayan para pelanggannya dengan saksama kerana setiap daripada mereka adalah penting.

4. Peniaga tidak boleh menurut perasaan dan kehendak sendiri.

5. Peniaga perlu sentiasa memaniskan muka dan kaya dengan senyuman.

6. Peniaga tidal boleh marah dan menengking pelanggan.

7. Peniaga perlu akur dengan permintaan dan keperluan pelanggan.

8. Peniaga bukan tauke kerana bos yang sebenar adalah pelanggan.

9. Peniaga tidak boleh sombong, angkuh dan bongkak.

10. Peniaga perlu ringan tulang dan mudah menghulurkan bantuan.

11. Peniaga perlu bersedia memberikan perkhidmatan tambahan dan dalam konteks perniagaan runcit, menghantar barangan ke rumah pelanggan.

12. Peniaga tidak boleh ragu-ragu menjawab segala pertanyaan orang ramai.

13. Peniaga perlu menunjukkan beliau merupakan seorang yang serba tahu
terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan perniagaannya.

14. Peniaga perlu mengambil berat hal ehwal masyarakat dan isu semasa.

15. Peniaga perlu mempunyai kepekaan yang tinggi dan rasa simpati yang
mendalam pada pelanggannya.

16. Peniaga perlu menjadikan para pelanggan sebagai sahabat, bukannya pembeli yang dating dan pergi.

17. Peniaga tidak perlu kedekut memberikan diskaun, pujian dan penghargaan kepada pelanggan.

18. Peniaga tidak boleh mengambil cuti kecuali kecemasan dan ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

19. Peniaga perlu bangun awal dan membuka perniagaannya secepat yang mungkin.

20. Peniaga perlu memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas serta jangan membiarkan pelanggan tertunggu-tunggu.

21. Peniaga perlu mudah dibawa, dibicara dan berunding.

22. Peniaga tidak boleh bersikap prejudis pada pelanggan dan orang ramai.

23. Peniaga kena sentiasa berfikiran terbuka dan positif.

24. Peniaga tidak boleh cepat melatah dan terburu-buru.

25. Peniaga perlu menunjukkan kepada pelanggan yang dia sentiasa sibuk.

26. Peniaga tidak boleh tidur semasa menjalankan urus niaga.

27. Peniaga perlu berusaha menimbulkan keceriaan, bukan mencetuskan kebosanan.

28. Peniaga perlu memastikan premisnya penuh dengan barangan dan tidak membiarkan ada ruang kosong.

29. Peniaga perlu memberikan kebebasan kepada pelanggan bagi membuat pilihan.

30. Peniaga jangan sesekali campur tangan dan membuat keputusan bagi pihak pelanggan kecuali jika diminta.

31. Peniaga perlu membuatkan pelanggan merasakan kehadiran mereka dialu-alukan.

32. Peniaga tidak boleh berkata tidak?kepada pelanggan.

33.Peniaga tidak boleh mewujudkan jurang dengan pelanggan apatah lagi menjadi kera sumbang.

34. Peniaga perlu berperanan sebagai peniaga, bukannya kaki umpat, kaki judi dan kaki arak.

35. Peniaga perlu belajar menggunakan wang dan meningkatkan kemahiran menabung.

36. Peniaga harus sentiasa menyediakan duit kecil untuk ditukar dengan para pelanggan.

37. Peniaga tidak boleh menunjuk-nunjuk kemewahannya di depan pelanggan kerana imej bukannya dating daripada perhiasan diri tetapi perkhidmatan yang
diberi.

38. Peniaga jangan sesekali makan di depan pelanggan kerana dianggap sebagai perbuatan yang tidak sopan. Pelanggan tidak suka.

39. Peniaga perlu menampal notis apabila premisnya ditutup untuk sementara waktu.

40. Peniaga jangan mencari musuh kerana ia tidak baik bagi perniagaan.

41. Peniaga jangan terlalu suka dan kerap bercakap berkenaan keuntungan.

42. Peniaga perlu tahu membezakan keuntungan jangka pendek dengan keuntungan jangka panjang.

43. Peniaga tidak boleh terlalu yakin. Kena juga berwaspada dan berjaga-jaga.

44. Peniaga sebaik-baiknya tidak menjadikan premis perniagaan sebagai tempat tinggal untuk keluarga bertandang dan bersembang.

45. Peniaga perlu menyimpan lebihan dan stok jualan supaya tidak berlaku kekurangan.

46. Peniaga perlu tepati janji dan menjelaskan hutang.

47. Peniaga tidak akan rugi jika memberikan sedikit insentif kepada pelanggan dalam bentuk potongan harga, hadiah ataupun menambahkan berat barangan
yang dibeli mereka.

48. Peniaga tidak boleh menipu kerana kepercayaan menjadi asas utama dalam perniagaan.

49. Peniaga tidak boleh menyalahkan orang lain apabila berlaku kerugian dan kecelakaan. Semuanya perlu diterima dengan hati yang cekal.

50. Peniaga perlu mewujudkan situasi menang-menang anatara dirinya dengan para pelanggan. Dengan itu, hubungan mereka akan berkekalan dan perniagaan akan dapat bertahan.

Dipetik daripada buku "Rahsia Bisnes Orang Cina" karya Ann Wan Seng.

Wednesday, June 1, 2011

Hai Kawan-kawan!!

Assalamualaikum..wbth..

Hari tuk tek dah start aku berjual keropok lekor ngan kentang spring kat depan rumah aku di Lot 151 Jalan Rentap Sarikei. Ngenang hari tuk tek cuti gawai juak, sempat berbeli bahan2 k berdagang & prepare sikit2 perhiasan di gerai walaupun sik seberapa. Jadi sesiapa yang lalu kat depan rumah aku, singgah2 lah sebentar orite. Hari tuk aku promosi harga kentang spring RM1.50 jak sebatang,...mun biasa aku jual kat Pasar Malam, yg besar aku jual RM2 dan yg kecik harganya RM1.50, murah kan? Harga promosi tuk aku buat sampei hari khamis jak, hari jumaat aku dah berdagang di Pasar Malam. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan tuk untuk merasa keropok lekor dan kentang spring yang aku jual dgn harga promosi tuk ok. Rugi sik beli i cakap ngan u...yerdeh..
Hmm..apa gik owh, kali tuk malas nak berceloteh panjang, sempena cuti gawai tuk sik ada aktiviti, tuk lah aktiviti yang aku buat dari membuang masa pia ajak..dapat juwak hilangkan rasa bosan dok rumah betul sik, sambil ya dapat menjana pendapatan sampingan juak...lampu kelip dah di pasang keliling gerai aku, utk menceriakan lagik persekitaran gerai aku..huhuhu..so jemput2 lah bertandang yer..
Ok lah tuk ajak lah dolok buat kali tuk, nak cerita panjang2 , gua dah ketandusan idea..so, kelak2 kita cerita agik k..ce cite..cecite..

Alluussssss.....Toing!!..Toing!!

Sunday, May 29, 2011

Salam....TERKINI DARI SAYA!!!

Assalamualaikum semua...

Lamak dh sik update blog ku tuk, biasalah hujung minggu memang ada sibuk sikit. Projek baru, berjalan dgn lancar, cuma ada sedikit kelam kabut sebab belum biasa untuk set up timing mcm ni nak suruh laju buat kentang spring ya, tapi setakat tuk alhamdulillah sik da apa2. Keropok lekor masih menjadi pilihan utama pelanggan di gerai aku, sampei sik cukup tangan dibuat eh..nasib aku ada ambik pekerja sorg k nolong2 menggoreng dan apa2 lah. 

Gerai aku pada hujung minggu tuk tek berlanjutan di Pasar minggu di Tamu Nyelong, sik puas 2 hari di Pasar Malam, nak carik rezeki lebih. Alhamdulillah sambutan di Pasar Tamu Nyelong amat memberangsangkan sehingga habis semua dijual hari tuk tek, sampei keropok sik terkaber agik nak motong, jual ajaklah nak mantak, ngenang org nak makan. Org rami menyerbu gerai aku sepagi tuk tek "excited" nak nangga mcm ni cara org molah kentang spring, sebab aku proseskan kentang ya berdepan ngan org rami, jadi org yg lalu lalang pun ambik kesempatan lah nak nangga mcm ni sbnrnya molah potato spring tuk, apa agik aku..terus so skill lah hahaha..ada nya sampei tersenget2, tertunduk2, tertilit2 jak..mcm2 ragam orang tadik. Ada juak yg sampei nanyak aku tuk ada jual mesin ya kah sik, aku padah sik ada..harga mesin tuk mahal oo...ku padah harga terkejut beruk sampei meloncat dgr ..yahhh...hahahah. Sambil2 ya juak tadik rasa seronok juak sebab 1st time berjual kat pasar minggu, cuma sik cukup anggota jak..2 orang jak hari tuk tek..mun 3 baruk ngam tek. Tapi sik apa, ini adalah pengalaman betul sik, kita mesti belajar dari pengalaman. Sapa2 yang biasa berdagang ya memang nya tauk lah mcm ni situasi sebenarnya dan apa yg aku rasa...MASIH AKU TERASA...

Hmmm..apa gik owh, haa..pasal gerai aku nak di bukak kat depan rumah hari tuk tek, mintak maaf byk2 sebab sik sempat nak berbeli barang agik ku tghari tuk tek, lagikpun hari & cuaca sik mengizinkan juak petang tuk, so aku pun sik jadi bukak. Sambil ya aku pun keletihan juak sepagi tuk tek..InsyaAllah mun sik ada aral melintang mungkin minggu depan startlah aku berjual kat depan rumah kelak. Aku gik nak prepare semua barang2 keperluan & peralatan untuk gerai aku kat debah rumah ya. Kira aku tek nak polah harga promosi dolok selama beberapa hari kat depan rumah ku tuk, maksud ku untuk harga kentang spring ya, sempena pembukaan kat depan rumah dan utk pelanggan2 yg ku sayang semua...harga promosi tuk kemungkinan aku akan buat semasa bukak kat depan rumah tuk ajak, mun dah turun kebah nun kat pasar malam & pasar minggu kelak macam biasa ok. Untuk harga promosi aku akan cuba fikirkan dolok, mun dah ada kelak ku akan maklumkan kepada semua orite..lupak juak ku nak madah tadik, menu aku adalah spt biasa jak kelak ok, Keropok Lekor & Kentang Spring....

Jadi..tuan2 & puan2 semua, sokongan daripada kitak org semua adalah diharapkan, doakan semoga apa yang aku idamkan selama tuklakan menjadi kenyataan dan terus maju jaya hendakNya...



Tuk ajak lah dolok buat kali tuk ok, kelak2 ku update agik..seperti biasa...


Allluussssss!!!...Toing..Toing!!!, Salam 1 Malaysia..Peace no War!!!

Wednesday, May 25, 2011

Projek Terbaru at Gerai Badrulhj Sarikei

Assalamualaikum WBTH, Tuan2, Puan2, Makcik2, Pakcik2, Abang2, Kakak2, Adik2 sekalian....



Nak madah ngan kitak org semua lok, tuk lah projek terbaru dari Gerai Badrulhj yang akan bermula pada hujung minggu tuk di Pasar Malam Sarikei. So, peminat2 Kentang Spring atau Potato Spring jgn ketinggalan untuk mengunjungi gerai aku hujung minggu tuk. Harga, aku jual ikut pasaran kat Sarikei iaitu RM 1.50 minimum hingga RM2.00 Maximum. Sapa2 yg sik faham kenak aku molah harga mcm ya, aku akan terangkan serba sedikit orite. Sebenarnya nak harga RM1.50 ya adalah normal price, dan RM 2.00 ya adalah utk yg bersaiz besar sikit. Jadi, ikut pilihan masing-masing lah gik mun nak makan nak besar atau yg biasa ajak. Sapa-sapa yang "mongan" nya besar ya boleh beli nak harga RM 2.00 ya bok cukup..heheheh.

Dikesempatan tuk juak aku nak maklumkan yang keropok lekor masih lagi dijual di gerai aku seperti biasa orite, jgn fikir aku dah sik jual agik sebab dah ada nak baru. Ianya diteruskan seperti biasa. Dan sigek agik,  yang paling penting untuk information semua, InsyaAllah aku akan buka gerai di depan rumah aku kat Lot 151 Jalan Rentap, Kampung Seberang Sarikei bermula pada minggu hadapan. Masanya adalah Isnin hingga Khamis Jam 7.00 pm hingga 10.30 pm dan pada hari Ahad Jam 2.30 petang hingga 9.00 malam. Sebarang perubahan akan saya updatekan dan maklumkan kemudian orite!!. Sik lebih dari ya juak, kitak2 ya, sudi2lah berkunjung ke gerai aku untuk membeli dan merasa POTATO SPRING DAN KEROPOK LEKOR AKU seperti apa yg telah aku rasa..MASIH AKU TERASA....huhuhhu..

Jadi setakat tuklah buat kali tuk lok, kelak2 aku updatekan lagik utk info kitak org semua. Kepada sapa2 yg sudi follow blog aku tuk aku ucapkan berjuta2 terima kasih, semoga kitak org semua dirahmati Allah dan bagi sesiapa yg belum follow, boleh klik butang "follow" kat tepi sebelah kanan ya k. Ikut jak arahan selanjutnya. Dan seperti biasa sambutlah salam Keropok Lekor di Angin Lalu dan salam yang terbaru dari aku , Salam Kentang Spring.....Toing!!...Toing!!...

Assalamualaikum...WBTH..

Allluusssssss.........!! Toing!..Toing!!...



Monday, May 23, 2011

Hai Semua....Assalamualaikum..

Bertemu agik kita kali tuk, hmm..tuk nak cerita sikit pasal projek terbaru aku. Sik lamak agik ada produk baru yg akan aku jual kat gerai kelak. Idea aku nak memasarkan produk tuk mmg dah lamak dah terpendam, cuma menunggu masa dan ketika jak gik aku nak start sbb masih mencari sesuatu yg penting dalam projek terbaru aku. Memang semua tertanya-tanya ndak, apa ndak gik projek aku untuk kali tuk heheheh....kata aku lah, bukan kata kau...huhu. Aku tuk sebenarnya belum berpuas hati dengan apa yang telah aku buat selama tuk di gerai debah ya, sebab ya lah aku masih tercari-cari apakah produk selain daripada keropok lekor yg boleh aku jual digerai..hmmm so aku pun teringat something ya...heheh, jadi sekarang tuk projek ya telah dalam perancangan dan mungkin akan bermula dalam masa terdekat tuk.

Disamping ya juak, lupak ku nak madah ngan kitak orang, aku ada berjual air minuman istimewa juak kat gerai, warna air yang aku jual ya unik sikit sebab nya berwarna biru. Mungkin byk org tertanya-tanya air apa ndak kah warna biru dijual aku digerai ya kah? Jadi bagi sesiapa yg mauk tauk air apa yang aku jual, boleh beli, cuba try sendirik rasa air ya baruk kitak org tauk harga murah jak, RM1 segelas, x rugi beli, dh sekali pasti nak lagi dan lagi....heheh..strategi u...uuu...

So kali tuk aku sik mok nak cerita panjang-panjang lok untuk kali tuk, sbb aku masih ketandusan idea, masih mencari-cari juak idea utk melancarkan projek terbaru aku tuk, yodehh...jadi kitak org bersabar jaklah dolok ok, dan nanti kan kemunculan produk makanan terbaru dari aku kat gerai kelak..mun sik suprise, buat2lah suprise hahahah.... jadi seperti biasalah....


Aaaaalllluussssss!!!!.......

Friday, May 20, 2011

Salam Keropok Lekor di Angin Lalu...

Assalamualaikum WBTH...

Apa khabar semua, betemu agik kita kali tuk, dah berapa hari aku sik update blog tuk utk tatapan kitak org. 2-3 hari tuk tek aku busy sikit dengan gerai yang dibuka sempena Karnival Kesenian & Kebudayaan Sekolah-sekolah Negeri Sarawak 2011 yg berlangsung di Central Market Sarikei, di mana pada tahun tuk tek Sarikei adalah sebagai tuan rumah. Jadi, aku pun mengambil kesempatan utk membuka gerai di tempat keramaian tersebut, bukan selalu nemu nak mcm tuk kat Sarikei, org rami mcm tuk lah peluang benar nak cari pendapatan sampingan betul sik?

Jadi, selama 1 hari 1/2 ya tek aku berhempas pulas mengerah keringat yodeh..mencari rezeki utk menambah pendapatan walaupun sik seberapa, tapi adalah juak sikit rezeki dari Allah SWT yg aku dapat dalam tempoh ya tek. Gerai aku diuruskan oleh Isteri & Bonda tercinta, sambil dibantu oleh adik ipar aku. Mula2 siang ya nang x berapa rami juak org datang, mungkin juak disebabkan program ya diadakan pada hari org bekerja, cuma yg ada datang adalah peserta dan pihak PSKPP sendirik. So aku hanya bersabar ajak lah. Sekali malam ya, fuhh. sik disangka-sangka org rami berkunjung ke program ya, apa gik org sambil nangga pertandingan tarian, dak miak berjoget sik kan lah dgn tgn kosong ajak ndak, lalu bergelumok lah daknya berebut encarik nak k makan. Tumpuan utama pada malam ya adalah semestinya keropok lekor aku...hehehe..mestilah angkat bakul dirikpun ndak huhuhu..sampei sik cukup tangan dak isteri & mak aku, ni ndak agik org sik putus2 meli keropok lekor, belum sempat goreng habis gik utk org sorg tuk, dtg gik org sorg tuk..mcm ya lah situasi pada malam ya sampei aku pun kena turun padang juak walaupun dalam keadaan sik berapa sihat...al-maklumlah. Aku terpaksa turun juak ke debah ngantar stok keropok lekor tambahan dan terus dihiris kat debah ya juak...ya nang kerja akulah ya...hehe..Keadaan mcm ya tek terus berlarutan sampeilah ke hujung majlis..alhamdulillah kesemuanya berjalan lancar cuma nak dijadikan cerita, ada seorang cikgu ya tek meli keropok lekor bergaut gilak sampei terlepas plastik di tangannya, lalu mengareilah keropok tedah kat lantei..meli semua rm6, abis mengarei tek kira2 setengahlah dari nak dibeli nya tek, terus ditandahnya ajak lah nak ngarei ya tadik sebab bas dah nak berjalan, jaik ati juak aku ngenang cikgu ya tek, jadi kmk org tek nekad nak nganti baru keropok tedah ya yg gugok mun berjumpa ngan org ya agik pada keesokan harinya, ngenang rasa org juak bah kita tuk..ndak..So diteruskan lagik al-kisah tek, keropok aku pun sikit gik tinggal malam ya, terpaksa emergency order stok baru pakei jual utk hari yg seterusnya..nasib juak sempat.

Keesokan harinya pulak adalah hari penangguhan rasmi program ya tek, ngambik masa setengah hari jak. Mula2 rasa bingung juak sebab stok keropok dh kurang, pupok2 juak sepagi2 ya tek..abis juak hujungnya keropok aku dijual..program pun habis juak kira2 jam 11.30 camya..opss lupak gik sigek cerita, cun pagi ya tek tertangga cikgu yg semalam ya, yg tergugok keropok tek bah, lalu bergaut aku suruh ipar ku goreng keropok sikit k berik ngan nya tek..."TERIMAK KASIH BANYAK" padah cikgu ya, senang sa hati di padah org camya koh...ni pe ndak..sama2 jaklah cikgu owh...doa jak aku tuk murah rezeki..heheheh...

Ok lah dh panjang gilak cerita aku utk kali tuk tek, diharap kitak org terus menyokong aku dalam industri tuk yerrr.....rasa artis juak eh...doakan aku selamat maju jaya, panjang umur, murah rezeki, pergi haji 7 kali ok...seperti biasa.....


Aaaaallllluuuuusssssss!!!!..........

Tuesday, May 17, 2011

Info Terkini

Salam,
Besok ada Pertandingan Tarian Untuk Sekolah-sekolah, Peringkat Negeri bertempat di Central Market Sarikei. Dgr2 event tuk berlangsung selama 2 hari, dari siang sampei ke malam. InsyaAllah, gerai ku akan dibuka kat sia mulai besok. Mcm biasalah, menu utamanya adalah keropok lekor....Alllluussssss!!, disamping ya juak ada kuih muih, air minuman, nasik lemak, mee goreng, kepak ayam goreng, kekacang, dsbgnya. Dak kuih muih & menu lain ya Mak aku yg buatkan, tumpang sekaki kat gerai aku, lagi byk menu lagi bagus...huhuhu. So semestinya harapan aku gerai aku akan diserbu oleh miak2 sekolah besok. Mun sik byk, sikit pun jadilah..rezeki dari Allah SWT yg tentukan, cuma yg perlu berusaha adalah kita semua tuk. Betul sik?..anyway kepada sesiapa yg dah menjenguk kat blog aku tuk, sila2 lah berikan komen yg membina utk aku mempertingkatkan lagi usaha bagi memajukan bisnes aku tuk. Jadi share2 lah kat kengkawan semua pasal blog tuk ok. Semoga anda semua diberkati Allah SWT hendaknya, amin..

Ok lah, malam tuk tek dah prepare semua brg2 keperluan utk berdagang besok, cuma pagi besok nak angkat jak gik ke venue. Mak & bini aku yg akan jaga gerai sbnrnya besok, sambil dibantu oleh adik iparku. Aku mpun kerja besok sbb ada misi lain di pejabat yg perlu diselesaikan. Sambil2 ya aku akn jenguk2 juak lah ke gerai orite. So, thats all 4 tonite, ada masa saya akan post lagiklah pasal projek keropok lekor aku tuk heheh..projek lah katakan...so anda semua jgn lupak sama2 doakan aku maju jaya & sukses dalam perniagaan yg aku jalan kan tuk ok. Mcm biasa lah aku akhiri dolok kali tuk dgn trademark aku ....



Allluuuuussssss...!!

Monday, May 16, 2011

Agrotek - Keropok Lekor Sarawak kat Sibu


Salam, aku nak share ckit pasal keropok lekor tuk, bukan saja di semenanjung ada keropok lekor, malah di Sarawak pun ada dah tempat memproses keropok lekor tuk. So senang2 ya bolehlah nangga video yg saya uploadkan tuk. Ok just for sharing to u all...

Allluussssss!

Salam..

Salam,
Malam tuk tek sempat juak berjual kat Central Market Sarikei, sebab ada rami kat sia dak PSKPP, Jabatan Pelajaran nganjur Malam Berambeh Seni. Di antara aktiviti yg dijalankan oleh sidaknya malam tuk tek adalah pertandingan karaoke dak cikgu2 pakei milih utk wakil bahagian Sarikei ke Peringkat Negeri Sarawak mun sik silap saya. Disamping ya juak, ada persembahan tarian dari dak miak sekolah kat bahagian Sarikei tuk..wallaa..rindok nangga miak berjoget..

Anyway, lusak, hari Rabu ada Pertandingan Tarian miak sekolah Peringkat Negeri dan ada juak tanding lagu puisi mun sik silap saya dari info2 yg saya dgr tadik. So, saya cadang nak berjual keropok lekor dan air minuman disamping ya ada juak kuih2 kering seperti kacang cornflakes, & berbagai2 kacang lah, sik tauk nak nyebut. Yang semestinya memanglah Keropok Lekor Badrulhj yang akan menjadi tumpuan, InsyaAllah...Anda semua yg berada disekitar bandar Sarikei @ Central Market, Sarikei time ya kelak jgn lupak singgah sebentar ke gerai saya orite!

Ok lah cukup lok buat setakat tuk, mata pun dah ngantuk, nak tido rehatkan diri setelah kepenatan sehari2 tuk tek. Ada masa dan ketika kelak saya akan update lagik lah blog tuk untuk tatapan ada semua ok. So jgn segan2 dan silu utk hebahkan pasal blog tuk dan share ke apeke kat kawan2 semua yer..share at Facebook lagik bagus, senang jak, just klik share kat tepi ya ajak ok.

Salam keropok lekor utk kitak org semua...


Tuk Gambar anak kamek yg Bongsu buat ketika tuk..kiut sik, sapa nak berkenalan boleh tanyak ngan bapaknya k...heheh..

Aaaallluuuusssssss!!!

Sunday, May 15, 2011

Assalamualaikum Wbth dan Salam 1 Malaysia

Assalamualaikum WBTH, salam 1 Malaysia dan tak lupa juga salam keropok lekor kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati. Di sini ingin saya memaklumkan bahawa dengan rasminya saya lancarkan sendiri blog Keropok Lekor saya ini untuk tatapan anda semua.

Pelanggan2 yg dihormati sekalian, tujuan blog tuk dipolah adalah untuk mempromosikan jualan keropok lekor dan gerai yang saya jalankan di bandar Sarikei. Gerai saya beroperasi di Pasar Malam Sarikei @ Tebingan Nyelong, Sarikei dimana hanya dibuka pada hujung minggu sahaja buat ketika dan masa ini sebab MDS Sarikei belum agik nak molah pasar malam tuk diadakan pada setiap malam. . So..yodeh..ada speaking london juak sikit aku tuk, mun kitak org ada berkesempatan boleh lah berkunjung di Gerai saya kat tempat spt yg dinyatakan. Selain daripada keropok lekor, byk lagi jualan2 lain di gerai saya dan org2 sebelah, spt kuih muih, ayam panggang, cakoi, kebab, mee kolok, burger dan sebagainya. * mun nak tauk apa juak dijual jalan sendirik di pasar malam sia ok..heheheh..jgn mare..

Untuk makluman kitak org juak, saya akan bukak gerai di hadapan rumah beralamat di Lot 151 Jalan Rentap Kampung Seberang Sarikei, pada siang hari minggu/Ahad, mun sik tauk juak, rumah saya berhadapan sekali dgn simpang Jalan Meruton/Baji, rumah warna kuning yg dah faded sikit hehehe..so..jemput2lah utk beli keropok lekor aku.

Ada lagik..
Bagi sesiapa yangnak beli keropok mentah pun saya da jual juak, tapi bergantung kepada stok. Saya jual dgn harga RM2 sebatang. Mun nak dah digoreng saya jual dengan harga RM1 = 6 keping/igek lupak juak nak madah tek. Keropok yg saya jual tuk adalah diimport dari Kuching dan buatan dari Kelantan. Nang pior rasa ikan bro..best bro..best bro....saya pun kinek tuk dah hari2 makan keropok lekor tuk, kotan sedap eh..hehehh.

Jadi pesanan saya utk u all, sudi2lah datang ke gerai saya untuk merasa sendiri keenakan, keropok lekor saya tuk. Saya akhiri dolok buat setakat tuk dgn jutaan terima kasih kepada kitak org semua yg sudi atau telahpun merasa keropok lekor saya, tdk lupak juga kpd yg telah melayari blog saya ini. Dengan trademark saya spt biasa lah..owh...aluuusssssss....orite, callooo...