Wednesday, October 19, 2011

Halo..halo..haloooo...

Assalamualaikum WBTH & Salam 1 Malaysia


Lamak dah sik update blog tuk eh disebabkan ke"busy"an semenjak 2 menjak tuk. Tapi sik apa ada juwak kesempatan hari tuk untuk updatekan blog tuk untuk tatapan kitak orang semua oriteesssszzz....

Info terkini berkenaan dengan gerai saya ialah ianya masih agik aktif & giat dijalankan kat Pasar Tamu Sri Nyelong sia. Sapa2 sik tauk, saya nak madah situk venue nya adalah di belakang Supermarket Friendly kat Wisma Jubli Mutiara sia, tempat orang jual sayur ya bah. Mun sik tauk juwak, hujung minggu ya mun ada masa gi lah raon2 kat Pasar Tamu Nyelong sia okeyh. Selalu jak gerai saya tuk berpindah randah koh eh, disebabkan saya belum ada tempat yang tetap, al-maklumlah masih "melukut di tepian gantang" hahahah. Tapi sik apa setiap hujung minggu gerai saya memang akan dibukak kat tempat nak di padah saya tadik ok. Owh lupak tek, buat masa tuk gerai saya hanya menjual Kentang Spring dan keropok lekor belum gik dapat dijual kat sia disebabkan sik cukup tangan & tempat yang belum gik sesuai. Harga Kentang Spring yang saya jual masa tuk adalah RM2.00 ikut harga pasaran semasa. Memang berpatutanlah owh!. Kinek tuk alhamdulillah lah berjual kat sia, berkat usaha dan titik peluh dirik pun ada juwak sikit k nampung belanja al maklumlah taraf hidup masa tuk memang tinggi dah jadi sik cukuplah dengan makan gaji jak untuk perbelanjaan bulanan tol sik. 

Hmm..ok lah lok nong eh...sik berapa juwak idea masa tuk, mun ada masa kelak saya update gik lah blog tuk untuk tatapan kitak orang ok. Kepada sapa2 yang belum gik berkunjung ke gerai saya kat sia adalah dialu-alukan datang, sik dapat meli sigek, 2-3 igek pun jadi lah ahakszz...anyway kepada Pelanggan2 setia Gerai saya, terima kasih..terima kasih..terimakasih..di atas sokongan dari kitak orang selamak tuk okeyh. Semoga kitak orang semua diberkati oleh Nya..amin..

Rutin Hujung Minggu Di Pasar Tamu Sri Nyelong Sarikei
@
Gerai Badrulhj Sarikei


Assalamualaikum WBTH..Gua Caya Sama Loo....


Saturday, July 30, 2011

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1432 HIJRIAH

Syukur alhamdulillah kerana kita semua umat Islam di beri peluang sekali lagi untuk menjalankan ibadah puasa pada tahun ini . Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa ini dengan sempurna dan segala ibadah kita diberkati.

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua pelanggan -pelanggan saya yang dan seluruh umat Islam di pelusuk dunia dan tidak lupa juga kepada pengunjung-pengunjung blog saya ini...


Semoga Ramadhan kali ini memberikan penuh makna bagi kita semua...InsyaAllah.
Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kesilapan, keterlanjuran bahasa mohon maaf ok.

Sunday, July 3, 2011

Syukur Alhamdulillah..

Assalamualaikum WBTH..
Apa khabar semua?. Alhamdulillah bertemu agik kita kali tuk. Lamak dah aku sik update blog tuk akibat kekangan masa yg sik menentu dan ketandusan idea juak heheh. 

Ok, aku teruskan dengan perkembangan terkini berkenaan dengan perniagaan aku. Alhamdulillah setakat tuk memberangsangkan cuma tempat berniaga di Pasar Malam telah pun diberhentikan operasinya oleh pihak Majlis Daerah Sarikei atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti dalam surat. So nasib juak ada Fun Fair dibukak kat Sarikei bertempat di sebelah bangunan Supermarket Nam Leong. 2 hari tuk tadik dah start berdagang di sia, lokasi stall aku adalah cun-cun berdepan pintu masuk Fun Fair ya. Malam pertama Fun Fair bukak bukan main rami orang datang semua abis lengis barang jualan, bukan ajak di stall aku, malahan peniaga2 lain pun pulang dengan senyuman sampei ke telinga heheh... Alhamdulillah rezeki Allah SWT. Hari tuk tek aku berdagang di Pasar Tamu juak macam biasa jadi malam tuk aku mauk rest dolok sebab terlalu letih sik cukup tidur, palak rasa hoyong2 jak, takut juak rasa nyawa, sik dapat di embak2 juak rasa, takut sakit kelak susah gik. Besok InsyaAllah akan bukak agik gerai aku di FunFair sia. Jadi orang-orang Sarikei jangan ketinggalan berkunjung ke Fun Fair sia sebab bukan ajak hiburan yang ada, malah banyak gerai2 dibukak kat sia semacam Pesta dah dgn berbagai-bagai resepi untuk anda semua sukati milih jak gik. Ok lah, aku sik mauk nak citer panjang2 lok kali tuk sebab palak dah rasa merayang2 jak tuk, nak rilek gurin lok besok dah bangun awal gik mungkin ku rasa aku tuk sik cukup tidur, ujung2 kenak darah tinggi gik kelak..pusss jauh..ko pergi..jauh-jauh... 

Gambar aku gik kecik dolok dari kiri Acoi, badrulhj, (anak Iman Yahya) & hujung sekali Men Deris



INFO : Fun Fair bukak dari tarikh 01 -31.07.2011

Anyway, Salam Keropok Lekor & Kentang Spring dari aku untuk semu orite, ada masa aku update gik blog tuk kelak InsyaAllah...callooo betty...Assalamualikum. Peace yoo!!

Sunday, June 12, 2011

Berita Terkini!!

Assalamualikum WBTH..Salam Keropok Lekor & Kentang Spring untuk semua...

Bertemu agik kita kali tuk setelah lamak sik aku updatekan blog tuk kerana kepadatan masa yang sik mengizinkan. Sebenarnya aku baruk juak balit dari kursus di Kuching hari Sabtu tuk tek. Sampei rumah jam 1.30 pm terus bersiap2 untuk bukak gerai di Pasar Malam Sarikei. Hari tuk tek, aku bukak gerai di Pasar Tamu Nyelong sia kat belakang PERKESO, fuhh rami orggg...sik ku tauk agik rupa gaya..nasib sik kelam kabut sebab dah tauk dah camni nak set up timing untuk proses kentang spring dengan cepat. Anyway terimak kasih lah kepada pelanggan2 di sia sebab begitu sporting dan sabar menunggu giliran order nya siap. Yang menariknya byk orang-orang kat Sarikei tuk belum tauk macam ni sebenarnya org molah kentang spring tuk padu, apa gik daknya, tertilit-tilit ngan aku sepagi tuk tek, segan juak sa nyawa ku di tangga dak eh..tapi aku pun ambik kesempatan show skill terus..sampei belimbak baldi entam ku sehari tuk heheheh...

My wife sik putus-putus menggoreng kentang sepagi tuk tek, start jam 9.30 pagi sampei lah kol 12.00 tghari. Kesian juak nangga tedah sampei merah muka kenak haba panas minyak. Adik ipar ku yang nulong aku digerai pun sama juak hari tuk, sampei abis di pancit minyak dak tangan mbak ngoreng keropok lekor..sebab keropok lekor tuk pandei meletup..heheheh..Terima kasih tak terhingga lah ngan dak duak ya..untuk My Wife..I lop u so much kerana sanggup berik sokongan dengan aku sepenuhnya dalam perniagaan aku tuk.

Hmm. tuk ada berita terkini dari aku yang sik berapa bagus & sedih sebab dak Pihak Majlis Daerah Sarikei nak berhentikan operasi Pasar Malam Sarikei atas sebab2 yang belum lagi dimaklumkan kepada peniaga-peniaga di sia termasuk aku. Cuma madah k mulut ajak masa aku bayar permit minggu lepas, tapi kamek org semua peniaga-peniaga di sia masih nak mempertahankan operasi di sia supaya jangan diberhentikan operasi kerana sambutan buat masa tuk adalah menggalakkan bagi kami. Kamek org dah siap buat surat dan ambik tandatangan semua peniaga semua di sia untuk diajukan kepada pihak berkenaan. Kamek org buat masa tuk masih mintak kebenaranlah daripada daknya untuk berniaga ajak di Pasar Malam sia sehinggalah mendapat arahan rasmi melalui surat daripada dak Majlis. Sedih juak rasa sebab pelanggan2 tetap aku di Pasar Malam sia memang dah ada, tapi kita tunggu ajak lah dolok apa arahan selanjutnya daripada dak Majlis. Kesimpulannya untuk makluman semua, gerai aku masih lagik di bukak kat sia buat masa tuk pada masa & tempat seperti yang anda semua sedia maklum. Mun sekiranya ada keputusan daripada pihak Majlis kelak aku akan maklumkan kepada kitak orang semua lah ok. Doakan kamek org semua masih dapat mencarik rezeki di sia orite!. Mun dah sik dapat agik kelak target aku untuk bukak gerai di hujung minggu ajak lah di Pasar Tamu Nyelong sia ajak, pagi Sabtu & Ahad InsyaAllah..

Jadi setakat tuk lah dolok untuk kali tuk sekali lagik terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah mengunjungi gerai aku, sokongan daripada anda semua masih lagi dialu-alukan...yang penting Keropok Lekor Badrulhj Sarikei memang kaw..kaw! sedap...Alluussssss!! & Kentang Spring Badrulhj gerenti berspring..Toing!!..Toing!!...




Caloo Bettyy....Assalamualaikum WBTH...Peace No War!


Friday, June 3, 2011

TIP BISNES ORANG CINA

Orang Cina tidak mempunyai formula khusus yang digunakan dalam perniagaan. Mereka berniaga berpandukan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan seharian.



Bagi orang Cina, sesuatu perniagaan yang dijalankan perlu praktikal dan tidak terlalu melecehkan.

Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan jika boleh, perlu berusaha mempermudahkan sesuatu perkara. Untuk menjadi peniaga yang baik dan berjaya, terdapat beberapa tip niaga orang Cina yang dapat dijadikan panduan serta pedoman.

Tip itu cukup senang tetapi bukan mudah hendak dilaksanakan. Tanpa sebarang tindakan, tip itu tidak akan berguna dan memberikan apa-apa manfaat kepada peniaga.


1. Peniaga perlu menunjukkan kejujuran dan keikhlasan semasa melaksanakan urus niaga.

2. Peniaga perlu mewujudkan kepercayaan dan ikatan mesra dengan pelanggan tidak kira pelanggan yang besar ataupun kecil dan yang tetap ataupun pelanggan baru.

3. Peniaga perlu melayan para pelanggannya dengan saksama kerana setiap daripada mereka adalah penting.

4. Peniaga tidak boleh menurut perasaan dan kehendak sendiri.

5. Peniaga perlu sentiasa memaniskan muka dan kaya dengan senyuman.

6. Peniaga tidal boleh marah dan menengking pelanggan.

7. Peniaga perlu akur dengan permintaan dan keperluan pelanggan.

8. Peniaga bukan tauke kerana bos yang sebenar adalah pelanggan.

9. Peniaga tidak boleh sombong, angkuh dan bongkak.

10. Peniaga perlu ringan tulang dan mudah menghulurkan bantuan.

11. Peniaga perlu bersedia memberikan perkhidmatan tambahan dan dalam konteks perniagaan runcit, menghantar barangan ke rumah pelanggan.

12. Peniaga tidak boleh ragu-ragu menjawab segala pertanyaan orang ramai.

13. Peniaga perlu menunjukkan beliau merupakan seorang yang serba tahu
terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan perniagaannya.

14. Peniaga perlu mengambil berat hal ehwal masyarakat dan isu semasa.

15. Peniaga perlu mempunyai kepekaan yang tinggi dan rasa simpati yang
mendalam pada pelanggannya.

16. Peniaga perlu menjadikan para pelanggan sebagai sahabat, bukannya pembeli yang dating dan pergi.

17. Peniaga tidak perlu kedekut memberikan diskaun, pujian dan penghargaan kepada pelanggan.

18. Peniaga tidak boleh mengambil cuti kecuali kecemasan dan ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

19. Peniaga perlu bangun awal dan membuka perniagaannya secepat yang mungkin.

20. Peniaga perlu memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas serta jangan membiarkan pelanggan tertunggu-tunggu.

21. Peniaga perlu mudah dibawa, dibicara dan berunding.

22. Peniaga tidak boleh bersikap prejudis pada pelanggan dan orang ramai.

23. Peniaga kena sentiasa berfikiran terbuka dan positif.

24. Peniaga tidak boleh cepat melatah dan terburu-buru.

25. Peniaga perlu menunjukkan kepada pelanggan yang dia sentiasa sibuk.

26. Peniaga tidak boleh tidur semasa menjalankan urus niaga.

27. Peniaga perlu berusaha menimbulkan keceriaan, bukan mencetuskan kebosanan.

28. Peniaga perlu memastikan premisnya penuh dengan barangan dan tidak membiarkan ada ruang kosong.

29. Peniaga perlu memberikan kebebasan kepada pelanggan bagi membuat pilihan.

30. Peniaga jangan sesekali campur tangan dan membuat keputusan bagi pihak pelanggan kecuali jika diminta.

31. Peniaga perlu membuatkan pelanggan merasakan kehadiran mereka dialu-alukan.

32. Peniaga tidak boleh berkata tidak?kepada pelanggan.

33.Peniaga tidak boleh mewujudkan jurang dengan pelanggan apatah lagi menjadi kera sumbang.

34. Peniaga perlu berperanan sebagai peniaga, bukannya kaki umpat, kaki judi dan kaki arak.

35. Peniaga perlu belajar menggunakan wang dan meningkatkan kemahiran menabung.

36. Peniaga harus sentiasa menyediakan duit kecil untuk ditukar dengan para pelanggan.

37. Peniaga tidak boleh menunjuk-nunjuk kemewahannya di depan pelanggan kerana imej bukannya dating daripada perhiasan diri tetapi perkhidmatan yang
diberi.

38. Peniaga jangan sesekali makan di depan pelanggan kerana dianggap sebagai perbuatan yang tidak sopan. Pelanggan tidak suka.

39. Peniaga perlu menampal notis apabila premisnya ditutup untuk sementara waktu.

40. Peniaga jangan mencari musuh kerana ia tidak baik bagi perniagaan.

41. Peniaga jangan terlalu suka dan kerap bercakap berkenaan keuntungan.

42. Peniaga perlu tahu membezakan keuntungan jangka pendek dengan keuntungan jangka panjang.

43. Peniaga tidak boleh terlalu yakin. Kena juga berwaspada dan berjaga-jaga.

44. Peniaga sebaik-baiknya tidak menjadikan premis perniagaan sebagai tempat tinggal untuk keluarga bertandang dan bersembang.

45. Peniaga perlu menyimpan lebihan dan stok jualan supaya tidak berlaku kekurangan.

46. Peniaga perlu tepati janji dan menjelaskan hutang.

47. Peniaga tidak akan rugi jika memberikan sedikit insentif kepada pelanggan dalam bentuk potongan harga, hadiah ataupun menambahkan berat barangan
yang dibeli mereka.

48. Peniaga tidak boleh menipu kerana kepercayaan menjadi asas utama dalam perniagaan.

49. Peniaga tidak boleh menyalahkan orang lain apabila berlaku kerugian dan kecelakaan. Semuanya perlu diterima dengan hati yang cekal.

50. Peniaga perlu mewujudkan situasi menang-menang anatara dirinya dengan para pelanggan. Dengan itu, hubungan mereka akan berkekalan dan perniagaan akan dapat bertahan.

Dipetik daripada buku "Rahsia Bisnes Orang Cina" karya Ann Wan Seng.

Wednesday, June 1, 2011

Hai Kawan-kawan!!

Assalamualaikum..wbth..

Hari tuk tek dah start aku berjual keropok lekor ngan kentang spring kat depan rumah aku di Lot 151 Jalan Rentap Sarikei. Ngenang hari tuk tek cuti gawai juak, sempat berbeli bahan2 k berdagang & prepare sikit2 perhiasan di gerai walaupun sik seberapa. Jadi sesiapa yang lalu kat depan rumah aku, singgah2 lah sebentar orite. Hari tuk aku promosi harga kentang spring RM1.50 jak sebatang,...mun biasa aku jual kat Pasar Malam, yg besar aku jual RM2 dan yg kecik harganya RM1.50, murah kan? Harga promosi tuk aku buat sampei hari khamis jak, hari jumaat aku dah berdagang di Pasar Malam. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan tuk untuk merasa keropok lekor dan kentang spring yang aku jual dgn harga promosi tuk ok. Rugi sik beli i cakap ngan u...yerdeh..
Hmm..apa gik owh, kali tuk malas nak berceloteh panjang, sempena cuti gawai tuk sik ada aktiviti, tuk lah aktiviti yang aku buat dari membuang masa pia ajak..dapat juwak hilangkan rasa bosan dok rumah betul sik, sambil ya dapat menjana pendapatan sampingan juak...lampu kelip dah di pasang keliling gerai aku, utk menceriakan lagik persekitaran gerai aku..huhuhu..so jemput2 lah bertandang yer..
Ok lah tuk ajak lah dolok buat kali tuk, nak cerita panjang2 , gua dah ketandusan idea..so, kelak2 kita cerita agik k..ce cite..cecite..

Alluussssss.....Toing!!..Toing!!

Sunday, May 29, 2011

Salam....TERKINI DARI SAYA!!!

Assalamualaikum semua...

Lamak dh sik update blog ku tuk, biasalah hujung minggu memang ada sibuk sikit. Projek baru, berjalan dgn lancar, cuma ada sedikit kelam kabut sebab belum biasa untuk set up timing mcm ni nak suruh laju buat kentang spring ya, tapi setakat tuk alhamdulillah sik da apa2. Keropok lekor masih menjadi pilihan utama pelanggan di gerai aku, sampei sik cukup tangan dibuat eh..nasib aku ada ambik pekerja sorg k nolong2 menggoreng dan apa2 lah. 

Gerai aku pada hujung minggu tuk tek berlanjutan di Pasar minggu di Tamu Nyelong, sik puas 2 hari di Pasar Malam, nak carik rezeki lebih. Alhamdulillah sambutan di Pasar Tamu Nyelong amat memberangsangkan sehingga habis semua dijual hari tuk tek, sampei keropok sik terkaber agik nak motong, jual ajaklah nak mantak, ngenang org nak makan. Org rami menyerbu gerai aku sepagi tuk tek "excited" nak nangga mcm ni cara org molah kentang spring, sebab aku proseskan kentang ya berdepan ngan org rami, jadi org yg lalu lalang pun ambik kesempatan lah nak nangga mcm ni sbnrnya molah potato spring tuk, apa agik aku..terus so skill lah hahaha..ada nya sampei tersenget2, tertunduk2, tertilit2 jak..mcm2 ragam orang tadik. Ada juak yg sampei nanyak aku tuk ada jual mesin ya kah sik, aku padah sik ada..harga mesin tuk mahal oo...ku padah harga terkejut beruk sampei meloncat dgr ..yahhh...hahahah. Sambil2 ya juak tadik rasa seronok juak sebab 1st time berjual kat pasar minggu, cuma sik cukup anggota jak..2 orang jak hari tuk tek..mun 3 baruk ngam tek. Tapi sik apa, ini adalah pengalaman betul sik, kita mesti belajar dari pengalaman. Sapa2 yang biasa berdagang ya memang nya tauk lah mcm ni situasi sebenarnya dan apa yg aku rasa...MASIH AKU TERASA...

Hmmm..apa gik owh, haa..pasal gerai aku nak di bukak kat depan rumah hari tuk tek, mintak maaf byk2 sebab sik sempat nak berbeli barang agik ku tghari tuk tek, lagikpun hari & cuaca sik mengizinkan juak petang tuk, so aku pun sik jadi bukak. Sambil ya aku pun keletihan juak sepagi tuk tek..InsyaAllah mun sik ada aral melintang mungkin minggu depan startlah aku berjual kat depan rumah kelak. Aku gik nak prepare semua barang2 keperluan & peralatan untuk gerai aku kat debah rumah ya. Kira aku tek nak polah harga promosi dolok selama beberapa hari kat depan rumah ku tuk, maksud ku untuk harga kentang spring ya, sempena pembukaan kat depan rumah dan utk pelanggan2 yg ku sayang semua...harga promosi tuk kemungkinan aku akan buat semasa bukak kat depan rumah tuk ajak, mun dah turun kebah nun kat pasar malam & pasar minggu kelak macam biasa ok. Untuk harga promosi aku akan cuba fikirkan dolok, mun dah ada kelak ku akan maklumkan kepada semua orite..lupak juak ku nak madah tadik, menu aku adalah spt biasa jak kelak ok, Keropok Lekor & Kentang Spring....

Jadi..tuan2 & puan2 semua, sokongan daripada kitak org semua adalah diharapkan, doakan semoga apa yang aku idamkan selama tuklakan menjadi kenyataan dan terus maju jaya hendakNya...



Tuk ajak lah dolok buat kali tuk ok, kelak2 ku update agik..seperti biasa...


Allluussssss!!!...Toing..Toing!!!, Salam 1 Malaysia..Peace no War!!!